Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

[ 018 : 110 ]

Friday, April 30, 2010

Kesalahan 5 : Nak Azan, Mari Kita Tidur™


1 jam sebelum azan : Nak tidurlah sekejap. Sekejap lagilah. Semak Facebook sekejap kalau-kalau ada orang hantar mesej.

55 minit sebelum azan : Masih dengan Facebook. Sikit lagilah, 30 minit sebelum azan baru tidur.

30 minit sebelum azan : Sedang asyik balas mesej.

5 minit sebelum azan : "Sudah dekat azan ni, baik aku cepat-cepat tidur, kalau tidak letih nak solat."

Azan : Masih tidur. Tak ke Masjid untuk solat jemaah.

Dekat Azan solat berikutnya : Masih tidur.

Azan solat berikutnya : Masih tidur.

Ini adalah realiti bagi sesetengah orang dalam kehidupan. Jika seseorang benar-benar cintakan Allah, jadualnya sangat teratur dan tidak seperti ini.

Kesalahan yang mungkin dilakukan jika jadual tidak terancang:

1. Melengahkan solat.
2. Tidak ke masjid untuk solat jemaah.
3. Meninggalkan solat.

Sabda Nabi SAW

(سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي

.Ertinya : Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu

( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

Wallahu A'lam.

4 comments:

Anonymous said...

salam,
nampak sangat facebook zionis tu melekakan umat islam..
so xyah la terpengaruh lagi dah wei..!!
deactivated akaun facebook anda skrg juga!

TheSinner™ said...

Assalamualaikum...mungkin anda boleh ke facebook saya dan lihat apa yang saya lakukan di facebook saya. Saya rasa nasihat ini boleh diperluaskan untuk yang lagho atau lalai ber'facebook'.

Unknown said...

Nasihat yang baik untuk renungan bersama.

TheSinner™ said...

untuk penulis juga