Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

[ 018 : 110 ]

Saturday, April 3, 2010

Kesalahan 2 : Melebihkan Perkara Sunat Berbanding Wajib™


Sesekali penulis mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz ada menyebut tentang orang yang melebihkan perkara sunat daripada perkara wajib. Walaupun bagus untuk melaksanakan perkara sunat, tetapi perkara wajib itulah yang pperlu didahulukan dan perkara haram yang wajib ditinggalkan adalah lebih dahulu perlu dilakukan.

Janganlah melebih-lebih melaksanakan perkara sunat tetapi perkara wajib ditinggalkan dan perkara haram tetap dibuat. Dalam negara kita, Malaysia banyak penulis perhatikan perbuatan umat Islam yang terikut-ikut melaksanakan perkara sunat seperti itu adalah perkara wajib. Ramai juga yang meninggalkan perkara wajib seperti itu adalah perkara makruh. Ramai juga yang melakukan perkara haram seperti itu adalah perkara sunat. Berikut antara amalan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang.

1. Kain kafan berwarna putih adalah sunat tetapi ia seperti wajib di Malaysia. Pakaian baju kebaya ketat adalah haram tetapi ia seperti harus di Malaysia. Wajib tidak memakai pakaian kebaya itu, tetapi tidak dilakukan, tetapi sunat kain kapan berwarna putih tetapi seakan diwajibkan.

2. Orang sering menjemput orang ramai untuk membaca Yasin di rumah mereka. Selepas itu di jamu dengan juadah. Terjadilah sedekah. Sedekah adalah sunat. Orang yang mengajak itu sehari-hari berbaju ketat, tidak bertudung. Si suami pula sehari-hari solatnya tidak. Tengok, perkara sunat dibudayakan tetapi perkara haram juga dibudayakan. Perkara wajib ditinggalkan.

3. Merokok dan melihat aurat adalah haram. Berjubah dan berserban pula adalah sunat. Meninggalkan perkara yang haram adalah wajib. Melakukan perkara sunat itu tidak wajib. Ada orang yang penulis perhatikan, berjubah dan berserban tetapi merokok dan menonton cerita bersiri korea. Yang wajib dilakukan tidak dilakukan tetapi yang sunah beria-ia dilakukan.

Banyak lagi perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tetapi penulis rasa tiga ini cukup untuk menjelaskan mengenai topik ini.

Kesimpulannya, melakukan perkara sunat itu digalakkan tetapi jangan ditinggalkan perkara wajib. Jadi, laksanakanlah perkara sunat seiring yang wajib.

Wallahu A'lam.

6 comments:

SaEidah SyamIelah said...

pendapat y ingin dikongsikan-
betul tu,,tp saiedah ada menonton satu rancgn spt forum perdana,,ustaz y memberi ceramah tu lupa nama dia,,tp ada statement y disampaikan adlh,,seorg wanita y bertudung mengumpat,,jd,,pahala bg nye menutup aurat,,tetapi dosa bgnye mengumpat,,begitu juga dgn org kaya y tidak menunaikan perkara wajib tetapi bersedekah pula,,pahala bgnya bersedekah,,dosa bgnya,,tdk melaksanakan perkara y wajib,,w'a'lam,,

HIS SERVANT said...

Assalamu'alaikum..

Be wise. Act smart..

May Allah choose us to be among those who love sunnah

TheSinner™ said...

InsyaAllah...

Amin

TheSinner™ said...

waalaikumussalam

Unknown said...

Salam gu,
kawe jugak nak kongsikan satu persoaalan orng kita,masih ada lagi budaya org kita terutama kelantan (maaf)kawepun kelate jugak.ada lagi hok letakkan rokok atas dinding masjid ketika datang solat jumaat,bahkan ada hok jenis tok reti lagi bawak masuk rokok dlm masjid.walaupun tak merokok dlm masjid tapi tak sepatutnya benda haram (kalau makruh sekalipun)dibawa masuk masjid.
apa pandangan penulis.

TheSinner™ said...

hehe...teringat skali tu sepupu dan pak spupu saya gi rumoh saya...dia dok hisap rokok. saya sakit hati tengok benda haram tu ada dalam rumah saya. Cuba bersabar tappi tak berhenti juga hisap. Saya yang terlalu geram ambil kotak rokok yang masih berisi buang keluar. Lepas tu saya bagi ceramah sikit. Harap perbuatan tu tak berlandaskan nafsu.

Apa yang saya nak sampaikan, ini baru di rumah saya, kalau kat masjid, fikir sendiri. Saya terfikir satu hari waktu orang tengah sembahyang saya nak kutip rokok tu buang. Bukan solat Jumaat je diorg buat. Setiap waktu bawa rokok. Kadang-kadang depan solat letaknya.