Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

[ 018 : 110 ]

Wednesday, March 24, 2010

Pendahuluan™

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanastainuhu wanastaghfiruhu wanuzu billahi min syururi anfusina wamin sayyiati a'malina, man yahdihillahu fala mudhilla lahu waman yudhlil fala hadia lahu, asyhadu an la ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu waasyhadu anna Muhammadan abduhu warosuluhu sallallahu alaihi waala alihi waashabihi wasallam.

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya dan ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan kejelekan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali hanya Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad sallallahu alaihi waala alihi waashabihi wasallam adalah hamba dan utusan Allah.

Sejak akhir-akhir ini, banyak blog-blog yang dibina. Ia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang dibina untuk kepentingan peribadi, ada yang dibina untuk kepentingan agama, ada yang dibina untuk meluahkan perasaan dan berbagai-bagai lagi. Namun, perlu diingat yang setiap amalan manusia itu dihitung.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.
[ 99 : 7, 8 ]

Jadi, saya membina blog ini adalah untuk membincangkan tentang dosa-dosa dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh manusia. Semoga dengan perbincangan ini, saya dan pembaca sedar yang kita adalah orang berdosa. Dengan itu, semoga Allah menguatkan kita untuk bertaubat.

Akhir sekali, sebagai hamba yang lemah, saya telah melakukan kesalahan dan mungkin akan melakukan kesalahan dalam blog ini. Saya meminta para pembaca supaya komen tulisan saya jika ada kesalahan yang saya lakukan.

Semoga blog ini mencapai matlamat ia ditubuhkan dan semoga Allah merahmati dan mengampuni kita semua.

Sekian,
Wallahu A'lam,
TheSinner™

5 comments:

Anonymous said...

cool..

Try out this link;

www.fdausamad.blogspot.com

Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

Seriously!

Balqish said...

salam ziarah.
semoga meriah blog dgn usul Islam. :D

daniel yusof said...

slmt dtg...

Pacifist said...

salam sahabat,

tali ukhuwah dihulur demi memartabat Islam di bumi tercinta dan dan saudara seislam kita di mana sahaja.semoga segala urusan dipermudahkan

saadhaifaa said...

Program to strenghten your Quran memorization - Hifz. Quran online memorization courses at our website aldirasa will help you to recite and beautify your voice while reading the Holy quran perfectly join us now! islamic center