Saturday, November 12, 2011
Tuesday, April 5, 2011
Friday, April 30, 2010
Kesalahan 5 : Nak Azan, Mari Kita Tidur™
Saturday, April 17, 2010
Kesalahan 4 : Taubat Burger Keju™
Friday, April 9, 2010
Kesalahan 3 : Meninggalkan Solat™
Saturday, April 3, 2010
Kesalahan 2 : Melebihkan Perkara Sunat Berbanding Wajib™
Sunday, March 28, 2010
Kesalahan 1 : Melebihkan Dunia Berbanding Akhirat™
Apa Itu Sederhana Atau Seimbang?
RASULULLAH SAW bersabda: Terjemahannya:
Sebaik-baik pekerjaan itu ialak pertengakan (sederhana).
Dalam mengertikan maksud Hadis ini, ramai ulama yang menganggap sederhana yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu sama dengan sederhana dalam pengertian orang-orang kita, yakni pertengahan. Iaitu satu keadaan yang tidaklah baik sangat dan tidak juga buruk sangat. Misalnya, wajahnya sederhana saja. Ertinya orang itu tidaklah cantik sangat dan tidak juga buruk sangat.
Contoh yang lain, kehidupannya sangat sederhana. Ertinya, orang itu taraf hidupnya tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu miskin. Dengan kata lain, sederhana pada orang kita ialah ukuran separuh-separuh atau setengah-setengah. Ibarat kayu pembaris panjang 12 sentimeter, yang sederhana atau pertengahannya ialah 6 sentimeter-6 sentimeter. Sederhana bagi 100% itu ialah 50%-50%.Dengan kefahaman yang sebegitu, maka sebahagian besar ilmuan Islam terutama ulama Malaysia telah pun menggariskan kepada umat Islam agar bersederhana dalam beribadah dan dalam menurut syariat ALLAH.
Mengikut ukuran tadi, sembahyang sunat jangan banyak sangat. Sederhana sajalah. Menutup aurat jangan berlebih-lebihan. Sederhanalah! Berkorban dan berjuang fisabilillah pun jangan melampau-lampau. Kan Rasulullah suruh bersederhana. Maka kiranya ada orang bersembahyang sunat bcrpuluh- puluh rakaat, mesti ada yang bersuara, “Jangan lebih-lebih sangat!" Kalau ada yang memakai jubah, serban dan purdah pula dicapkan sebagai ekstrim (sudah melampau; di luar sederhana). Dan bila si polan berhabis-habisan dalam berjuang dan berkorban menegakkan agama ALLAH, terdengarlah oleh kita ejekan, “Dunia mahu juga, Akhirat mahu juga. Fifty-fiffylah”, “Sikap itu keterlaluan”.
Demikianlah berjayanya diterapkan pengertian ‘sederhana’ cara Melayu kepada umat Islam dalam urusan-urusan agama. Manakala dalam sudut duniawi, hal itu tidak pula diperkatakan dan diperjuangkan. Walhal Rasulullah tidak khususkan sederhana itu pada soal-soal Ukhrawi sahaja. Baginda merangkumkan sederhana itu dalam semua bentuk kerja sama ada dunia mahupun Akhirat.
Kalaulah ada seorang yang buat kerja dunia, bertungkus- lumus pagi petang, siang malam sampai tidak peduli orang lain atau tidak fikir halal haram, perintah atau larangan, hingga tidak rehat-rehat, jarang dan belum pernah kita terdengar sindiran-sindiran sekalipun daripada lidah ulama yang mengatakan, “Bersederhanalah, jangan melampau-lampau bekerja. Rasulullah kan suruh sederhana.” Sebaliknya apa yang kita dengar ialah pujaan, sanjungan dan rasa kagum. “Hebat si polan tu. Rajin dan gigih sekali.” Demikian juga halnya terhadap golongan yang siang malam ke hulu ke hilir menari, menyanyi, berlakon dan buat bermacam-macam maksiat tanpa letih, tanpa jemu dan tidak behenti-henti. Belum pun ada suara-suara penentangan yang serius mengatakan mereka itu “ekstrim, melampau, gila, biul, otak tak centre” dan lain-lain lagi. Sebaliknya usaha-usaha gigih yang di luar sederhana itu dipamerkan dan di iklankan di dada-dada akhbar. Agar umat meraikan dan ikut serta dalam kegigihan bekerja itu. Saranan supaya bersederhana tidak timbul lagi. “Fiffy-fiffylah” tidak di apply di sini. “Dunia mahu juga, Akhirat pun mahu” sudah tidak dipakai lagi. Bab ini kena dunia 100%. Hadis Rasulullah sudah tidak dibaca lagi. Yang digunakan ialah ‘Hadis’ mereka sendiri iaitu ‘Hadis Melayu’. Apalagi kalau seseorang itu mengaji (belajar), mengejar Ph.D, bergolok bergadai, pergi ke luar negeri, tinggal anak isteri bertahun-tahun, lupa orang, lupa sembahyang, gila-gila mengaji hingga tidak kenal Tuhan, itu tidak mengapa. Tidak dianggap melampau. Itu bagus. Tiru dia. “Itulah lelaki zaman ini“, ‘Terwira”, “Manusia contoh” dan bermacam-macam pangkat dan gelaran yang diberikan kepada mereka. Mereka dipuja, dikagumi dan diagungagungkan. Tidak pun dibaca Hadis Rasulullah SAW: Terjemahannya: Sebaik-baik pekerjaan itu sederhana. Tidak lagi diingatkan, “Fifty-fiftylah,’ dunia mahu juga, Akhirat nak juga. Jangan melampau!”
Mengapa terjadi diskriminasi dan salah faham yang demikian itu?
Pertama, kerana salah tafsir.
Kedua, kerana penyakit cinta dunia yang menjadi-jadi hingga penyakit cinta dunia ini turut menimpa para ulama.
Ketiga, para ulama ingin mengambil hati sesetengah golongan yang telah tenggelam dengan dunia.
Maka dari sinilah terjadinya kesilapan dan salah tafsir yang amat merugikan itu. Pada saya, sederhana yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu adalah merangkumi kerja-kerja dunia Akhirat yang hendaklah dibuat seimbang, sepadan dan hasilnya maksimum. Yakni satu peringkat yang terbaik mungkin, yang boleh memberi hasil yang paling lumayan.
Perkataan Rasulullah SAW itu kalau hendak dimelayukan, lebih kurang begini bunyinya:
“Sebaik-baik kerja itu sama ada dunia atau Akhirat ialah tenaga yang diberi seimbang dengan keperluan, padan dengan keupayaan dan memberi hasil yang maksimum.”
Biar saya buat contoh untuk mudah difahami. Katalah kita hendak mengaji. Rasulullah kata sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana. Mengaji macam mana yang dikatakan sederhana itu? Mengaji sikit-sikit ke? Tentu tidak.
Sebab Rasulullah ada bersabda: Terjemahannya:
Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China.
(Riwayaf Ibnu Adi dan Al Baihaqi)
Di sini jangan kita anggap Rasulullah SAW tidak betul kerana selalu bercakap lain-lain. Di satu masa disuruhnya bersederhana, di satu masa lain disuruhnya bersungguh-sungguh. Sebenarnya maksud sederhana itu bukan ala kadar, sikit-sikit atau sekadar cukup. Tetapi maksud baginda ialah seimbang atau sepadan dengan keperluan. Ertinya kalau kita ingin menjadi pandai, ingin kaya, berjawatan tinggi, kenalah mengaji bagi sepadan dan seimbang dengan cita-cita kita itu. Kalau perlu, biar sampai ke Negeri China pun tidak mengapa.
Copied from : http://sendirimenanti.blogspot.com/
Wallahu A'lam